Lee Byung-kyu
Lee Byung-kyu

Lee Byung-kyu

JurulatihLee Byung-kyu (Hangul: 이병규; Hanja: 李炳圭; lahir 25 Oktober 1974) ialah bekas pemain besbol profesional Korea Selatan yang beraksi selama 17 musim untuk pasukan Liga KBO, LG Twins dan sempat berkelana ke Jepun untuk beraksi bersama pasukan Chunichi Dragons di saingan Nippon Professional Baseball. Beliau juga mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1996 dan 2000. Lee beraksi sebagai outfielder.Lee merupakan sebahagian daripada pasukan Korea yang menamatkan cabaran Sukan Olimpik 1996 di tempat kelapan. Pada edisi berikutnya, beliau membantu pasukan Korea untuk meraih pingat gangsa.Lee beraksi untuk pasukan LG Twins dari tahun 1997 hingga 2006 dan tempoh kedua beliau bersama pasukan itu dari tahun 2010 sehingga tahun 2016. Nombor jersi 9 beliau telah menjadi nombor persaraan pada 9 Julai 2017 dalam satu majlis yang berlangsung sebelum dan selepas perlawanan menentang Hanwha Eagles.

Lee Byung-kyu

Run batted in 119
Purata pukulan .254
Hits 2,043
Home run 28
RBI 972